Tiada paksaan hantar anak ke sekolah - Utusan Malaysia

Tiada paksaan hantar anak ke sekolah

Tinjauan sekolah masih beroperasi walaupun terdapat kes positif Covid-19 di sebuah sekolah di Presint 8, Putrajaya pada 5 Oktober 2020.- UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Segelintir ibu bapa di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1) di sini keliru sama ada perlu menghantar anak ke sekolah atau pelajar boleh ambil cuti.

Ini berikutan, tiada arahan rasmi guru besar sebaliknya hanya dimaklumkan menerusi kumpulan Whatsapp iaitu memberi pilihan kepada ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah atau tidak.

Tinjauan Utusan Malaysia di luar sekolah rendah itu mendapati suasana tidak sesak seperti biasa selepas tamat sesi persekolahan semalam.

Difahamkan, hanya 25 murid prasekolah berusia lima hingga enam tahun hadir sekolah semalam manakala hanya dua murid darjah satu yang hadir

Bagi darjah dua hingga enam dimaklumkan mereka hadir ke sekolah seperti biasa.

Seorang bapa yang ditemui berkata, dia masih menghantar kedua-dua anaknya yang bersekolah di sekolah menengah dan rendah bersebelahan.

“Saya memastikan anak-akan patuh SOP dan sentiasa meletakkan pencuci tangan dalam beg mereka.

“Kawanm memaklumkan, kalau darjah satu terpulang hendak hantar ke sekolah atau tidak kerana tiada paksaan daripada pihak sekolah,” katanya.

Minggu lalu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim mengesahkan dua kelas di sekolah itu ditutup 14 hari bermula 1 hinga 14 Oktober.

Penutupan kelas itu membabitkan masing-masing satu prasekolah dan darjah satu berikutan terdapat jangkitan Covid-19.

Sementara itu, seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Kak Som berkata, dia mengambil keputusan tidak menghantar anak ke sekolah kerana bimbang dengan penularan pandemik itu.

“Saya rancang dalam dua ke tiga hari, anak saya cuti dan kalau keadaan kembali reda baru saya hantar anak semula ke sekolah,” katanya. – UTSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya