Tiada larangan rentas negeri di Melaka - Utusan Malaysia

Tiada larangan rentas negeri di Melaka

SULAIMAN MD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri menafikan laporan ‘berita’ yang tular di media sosial kononnya seluruh Negeri Melaka dikenakan kawalan rentas negeri bermula tengah malam ini.

Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang dilaporkan atau ditularkan.

“Dengan peningkatan kes jangkitan positif setiap hari, orang ramai dinasihat supaya tidak menyiarkan sebarang berita palsu yang boleh menimbulkan keresahan, kebimbangan dan kekeliruan kepada masyarakat.

“Orang ramai khususnya rakyat Melaka dinasihatkan tidak mempercayai sebarang khabar angin atau berita palsu yang disiarkan atau diperolehi daripada sumber-sumber yang tidak sah atau tidak mempunyai autoriti,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, tular satu ‘berita’ kononnya dilaporkan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa larangan tersebut akan berkuat kuasa sehingga 4 November ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya