Tekong bawa ketum terjun laut elak ditahan - Utusan Malaysia

Tekong bawa ketum terjun laut elak ditahan

BOT kayu membawa bungkusan daun ketum yang dirampas Maritim Malaysia di perairan Kuala Perlis, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang tekong yang cuba menyeludup kira-kira 100 kilogram daun ketum sanggup mempertaruhkan nyawa dengan terjun ke laut bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berhampiran muara Kuala Perlis, dekat sini semalam.

Bagaimanapun, bot peronda Maritim Malaysia berjaya menahan bot kayu yang membawa bungkusan daun ketum bernilai RM3,000 dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi itu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd. Shafie Paing berkata, sebuah bot peronda Maritim Malaysia ke lokasi tersebut iaitu di kedudukan 0.1 batu nautika dari muara Kuala Perlis sebaik sahaja menerima maklumat.

Beliau memberitahu, pihaknya mengesan sebuah bot yang sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan menuju ke sempadan perairan negara jiran.

“Sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak berkuasa, tekong itu melarikan diri dengan menukar haluan ke daratan berhampiran namun Maritim Malaysia berjaya memintas dan menahannya.

“Ketika dihampiri, tekong bot terjun ke dalam laut dengan berenang melarikan diri ke hutan paya bakau berhampiran. Pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut menemukan bungkusan hitam disyaki daun ketum seberat 100 kilogram dipercayai cuba diseludup ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Shafie berkata, pihaknya turut merampas sebuah bot kayu beserta enjin sangkut bergalah dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM5,000.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan ketum termasuk mengimport, menjual, memproses dan lain-lain berkaitan bahan tersebut.

“Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya