KUALA LUMPUR: Idea penubuhan ‘Kerajaan Perpaduan’ sukar direalisasikan selepas tiada objektif jelas dan hanya dilihat lebih kepada permainan politik semata-mata. Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Kartini Aboo Talib berkata, langkah tersebut juga dilihat sebagai cara bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan. “Dr. Mahathir menggunakan kelemahan yang ada dalam pentadbiran kerajaan sekarang bagi mewujudkan ‘Kerajaan Perpaduan’. “Dr. Mahathir panggil dan berbincang semula dengan…