SMK Baling ditutup buat kali kedua - Utusan Malaysia

SMK Baling ditutup buat kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling ditutup mulai hari ini sehingga 26 Oktober ini berikutan penularan pandemik Covid-19 yang dilapor menjangkiti warga kerjanya.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dalam pekelilingnya hari ini memaklumkan, SMK Baling ditutup kali kedua selepas disahkan penularan pandemik tersebut.

“Berikutan itu, semua pelajar, guru dan kakitangannya dikehendaki menjalankan proses kuarantin di rumah dalam tempoh tersebut,” katanya.

Sebelum ini, SMK Baling ditutup seminggu bermula 11 Oktober lepas.

Guru-guru dan anggota terlaksana dibenarkan bekerja dari rumah dan proses pembelajaran serta pemudahcara dilaksanakan secara dalam talian.

Difahamkan, sekolah terbabit ditutup selepas salah seorang gurunya dipercayai positif Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya