Seorang maut, seorang hilang, dua lagi selamat bot nelayan karam - Utusan Malaysia

Seorang maut, seorang hilang, dua lagi selamat bot nelayan karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang tekong nelayan tempatan lemas dan seorang awak-awak warga Indonesia masih hilang selepas bot dinaiki mereka karam di kedudukan 5.3 batu nautika Barat Daya Muka Head, Tanjung Bungah di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, dua lagi awak-awak warga tempatan yang turut menaiki bot nelayan kelas C tersebut diselamatkan bot nelayan yang berada berhampiran.

Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.25 pagi.

Katanya, terdapat empat awak-awak termasuk tekong di atas bot ketika kejadian berlaku.

“Tiga awak-awak warga tempatan diselamatkan bot nelayan yang berada sekitar kawasan berhampiran, namun salah seorang daripadanya iaitu tekong bot tersebut didapati lemas.

“Seorang lagi awak-awak warga Indonesia belum di temukan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Hamizan, operasi carilamat (SAR) diaktifkan oleh MRSC Langkawi sejurus selepas laporan diterima dan sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat terdiri daripada Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Malaysia dan nelayan setempat.

Beliau meminta orang awam melaporkan sebarang penemuan di laut menerusi talian Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau 999. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya