JOHOR BAHRU: Kesemua operasi pasar awam yang berada dalam kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dihentikan buat sementara waktu bermula esok.
MBJB dalam satu kenyataan memberitahu, arahan itu melibatkan pasar malam, pasar pagi, pasar tani dan Bazar JB bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.
“MBJB mengenal pasti terdapat kes penularan Covid-19 di dalam kawasan pentadbiran MBJB.
“Sehubungan itu, keputusan diambil untuk menutup sementara operasi pasar malam, pasar pagi, pasar khas, Bazar JB dan pasar tani bukan Pasar Tani Kekal mulai 16 Oktober 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak bagi mencegah penularan pandemik tersebut,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, semua peniaga diminta mematuhi notis berkenaan selaras dengan peruntukan kepada kuasa MBJB di bawah Seksyen 72(1)(f), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). – UTUSAN ONL:INE
Habis..










