Saksi ke-29 dakwa lihat wanita kulit putih, rambut perang mandi sungai - Utusan Malaysia

Saksi ke-29 dakwa lihat wanita kulit putih, rambut perang mandi sungai

MUHAMMAD Firdaus Kamaruddin hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan bagi memberi keterangan dalam prosiding inkues kematian Nora Anne Quoirin. - UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pekerja syarikat air yang menjaga loji air di Gunung Berembun memberitahu Mahkamah Koroner Seremban, di sini sudah menjadi kebiasaan dia melihat individu mandi di kawasan tersebut.

Muhammad Firdaus Kamarudin, 35, adalah saksi ke-29 dalam prosiding inkues kematian gadis Ireland, Nora Anne Quoirin yang dipanggil memberi keterangan di Kompleks Mahkamah Seremban hari ini selepas mendakwa melihat seorang wanita berkulit putih dan berambut perang sedang mandi pada 4 Ogos 2019.

Muhammad Firdaus berkata, semasa kejadian, dia dalam perjalanan ke tempat kerja dan ternampak seorang wanita sedang bermain air ketika melalui kawasan itu.

Katanya, sebagai seorang operator syarikat air, sudah menjadi rutin setiap kali melalui kawasan itu, dia memandang ke arah sungai untuk melihat kualiti air.

“Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja selepas simpang resort itu, saya nampak ‘orang putih’ mandi di tepi sungai,” katanya di hadapan Koroner, Maimoonah Aid.

Tambahnya, dia terus menunggang motosikal waktu itu kerana pemandangan tersebut adalah perkara biasa sejak 10 tahun bekerja di tempat itu.

“Pada waktu itu juga saya tidak tahu ada orang hilang di kawasan berkenaan. Esok pagi baru saya tahu ada orang hilang. Saya ada maklumkan mengenai perkara itu pada anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam pada 6 Ogos yang melakukan operasi pencarian,” katanya.

Jelas Muhammad Firdaus, sejak bertugas, kawasan itu sering menjadi lokasi mandi bagi orang yang menginap di resort berhampiran.

“Biasanya orang yang menyewa resort mandi di situ. Benda dah biasa nampak, saya buat tak tahu sahaja orang mandi,” katanya.

Nora Anne, anak sulung kepada tiga beradik yang juga anak istimewa bersama keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian selama dua minggu dan mendaftar masuk di sebuah resort di Pantai, Seremban pada 3 Ogos 2019.

Nora Anne kemudian dilaporkan hilang pada awal pagi keesokannya sebelum mayatnya ditemuikansembilan hari selepas itu.

Laporan awal bedah siasat mendapati kematian Nora Anne tidak mempunyai unsur jenayah dan disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca kerana tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan berpanjangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya