Rujuk pakar fahami keperluan laksana darurat - Utusan Malaysia

Rujuk pakar fahami keperluan laksana darurat

abdul hadi
ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas meminta keperluan melaksanakan darurat dirujuk kepada golongan yang mempunyai kepakaran dalam bidang kesihatan dan keselamatan negara.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hanya pakar yang tahu tentang keperluan melaksanakan darurat dan kesan mendatang sekiranya tidak mengambil langkah awal.

“Ini sangat penting supaya keputusan diambil secara bijaksana dan benar-benar berpijak di bumi yang nyata, bukan melalui sumber serpihan atau pandangan serpihan dalam salah satu aspek perlembagaan, politik atau ekonomi sahaja secara berasingan.

“Secara tegas, sama ada darurat perlu dilaksanakan atau tidak, jangan ditanya kepada pakar undang-undang, ahli politik, ahli ekonomi, tentera dan polis sahaja. Sebolehnya dirujuk kepada semua pihak berkenaan termasuk pakar kesihatan, pihak polis dan tentera, khususnya semua pihak yang berada di barisan hadapan dalam menghadapi Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mencadangkan agar amaran diberikan kepada mereka yang tidak mendengar nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya semua berhenti bermain politik dan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

“Muhasabah perlu dilakukan dengan ikhlas, sejauh mana politiking diberhentikan dan tindakan yang tidak bertanggungjawab tiada dilakukan. Pemantauan yang serius juga perlu dilakukan, adakah kedua-dua tingkah laku yang diberikan amaran tersebut dilaksanakan?

“Keputusan yang ditentukan untuk menghadapi Covid-19 tidak tepat jika hanya mendengar daripada ahli politik yang sentiasa berwirid dengan angka kerusi sahaja atau ahli ekonomi yang hanya membuat bacaan senario pasaran saham yang dijangka kemarau, atau ahli perlembagaan dan pihak-pihak lain,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya