Polis siasat Twitter Raja Farah Sofea - Utusan Malaysia

Polis siasat Twitter Raja Farah Sofea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis sedang menyiasat pemilik akaun Twitter Raja Farah Sofea yang didakwa membuat kenyataan mengaibkan berhubung berhubung kematian anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Jalan Harimau Tarum berhampiran Plaza Pelangi, kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung tindakan pemilik akaun media sosial berkenaan.

“Ya, polis telah terima laporan berkenaan tindakan pemilik Twitter yang menggunakan nama Raja Farah Sofea di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pemilik akaun itu kerana didakwa membuat kenyataan mengaibkan berkaitan kemalangan itu.

Laskar Kanan Mohd. Rizal Suberi, 31, maut dalam satu nahas jalan raya yang membabitkan tiga kereta di Jalan Harimau Tarum berhampiran Plaza Pelangi, kelmarin.

Bapa kepada tiga anak itu maut apabila kereta Honda Accord dirempuh Perodua Myvi berhampiran simpang empat di Plaza Pelangi. 

Dalam kejadian itu, mangsa maut yang di tempat kejadian manakala dua pemandu lain termasuk pemandu Myvi mengalami cedera ringan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN