PKPD: Laluan ke Pusat Koreksional Perlis tutup  - Utusan Malaysia

PKPD: Laluan ke Pusat Koreksional Perlis tutup 

LALUAN masuk ke Pusat Koreksional Perlis dari simpang tiga Jalan Kok Klang - Guar Nangka ditutup dengan penghadang jalan berikutan pelaksanaan PKPD di kawasan tersebut sejak semalam.- UTUSAN/ NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Tiga laluan masuk ke Pusat Koreksional Perlis di Guar Nangka di sini mula ditutup sejak semalam sehingga 4 November depan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di pusat tahanan tersebut.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Nanda Maarof berkata, jalan yang ditutup melibatkan simpang tiga Jalan Guar Nangka – Panggas, simpang tiga Jalan Kok Klang – Guar Nangka dan jalan Putra Height – Pusay Koreksional.

Menurut beliau, seramai seramai dua anggota setiap tiga syif ditugaskan untuk mengawal laluan tersebut sepanjang 24 jam.

“Jalan tar mini yang dibina di sekeliling kawasan rumah kakitangan penjara turut ditutup bagi mengelakkan pergerakan keluar dan masuk di sekitar kawasan penjara.

“Oleh itu, penduduk yang tinggal di kawasan Taman Putra Height yang berada di kawasan berhampiran dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif untuk keluar masuk,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khamis lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sembilan penjara iaitu lima di utara tanah air dan empat di Selangor dikenakan PKPD bermula semalam hingga 4 November ini.

Penjara di utara ialah Pusat Koreksional Perlis, Penjara Sungai Petani, Penjara Taiping, Pusat Koreksional Kamunting dan Penjara Tapah, manakala di Selangor ialah Penjara Reman Sungai Buloh, Penjara Kajang, Penjara Wanita Kajang dan Pusat Koreksional Puncak Alam.PKPD Pelaksanaan PKPD dilakukan berikutan risiko tinggi jangkitan Covid-19 di penjara. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya