Pejalan kaki maut dirempuh kereta - Utusan Malaysia

Pejalan kaki maut dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pejalan kaki maut akibat dirempuh sebuah kereta dalam satu kejadian berlaku di Kilometer 26 Lebuh Raya Pasir Gudang di sini semalam. 

Mangsa, Goh Yeng Soon, 51, yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala meninggal dunia di lokasi kejadian dalam insiden itu yang berlaku kira-kira pukul 11 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pada waktu kejadian, sebuah kereta yang dipandu oleh lelaki berusia 31 tahun dalam perjalanan ke Johor Bahru dari Pasir Gudang. 

“Apabila kereta itu sampai di tempat kejadian, mangsa secara tiba-tiba telah melintas jalan dari arah sebelah kiri menyebabkan berlakunya kemalangan tersebut. 

“Pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahrulanuar Mushaddat berkata, pemandu kereta berkenaan telah mengalami kecederaan ringan di bahagian muka manakala keretanya mengalami kerosakan di bahagian hadapan kenderaan. 

Katanya, pihaknya masih mengesan waris mangsa yang dipercayai berasal dari Taman Tasek Utama, Ayer Keroh, Melaka.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini agar dapat tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam untuk membantu siasatan.

“Sebarang maklumat berkenaan boleh disalurkan ke mana-mana Balai Polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 072212999 atau melalui Hotline Polis IPD Seri Alam di talian 073864222,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya