Padah pandu kereta curi - Utusan Malaysia

Padah pandu kereta curi

AZHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Tindakan seorang penjenayah memandu sebuah kereta Proton Persona yang dilaporkan hilang membawa padah apabila ditahan polis di Jalan Sungai Karangan, di sini kelmarin.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan polis yang menjalankan rondaan pencegahan jenayah di Sungai Karangan kira-kira pukul 11 malam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azhar Hashim berkata, hasil penahanan suspek, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes kecurian kereta di daerah ini.

“Anggota polis yang melakukan rondaan pencegahan jenayah terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kereta itu dilaporkan hilang di Kubang Semang, Pulau Pinang,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azhar, suspek dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Kulim untuk pemeriksaan lanjut dan mendapati dia mempunyai enam rekod jenayah lampau serta orang dikehendaki berhubung kes di Sungai Petani.

“Suspek ditahan reman empat hari bermula semalam dan kes di siasat mengikut Seksyen Seksyen 457 / 379 A Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya