Nelayan mati lemas terjatuh Sungai Endau - Utusan Malaysia

Nelayan mati lemas terjatuh Sungai Endau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seorang nelayan ditemui lemas selepas terjatuh ke Sungai Endaui ketika cuba melompat dari jeti ke botnya di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Endau di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 8.20 pagi membabitkan Muhammad Al-Shafiq Abdul Rosool, 25. Mayat mangsa ditemui pada pukul 4.17 petang tadi iaitu kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa jatuh.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Alias Hussin berkata, seramai 18 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menyertai  operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Operasi pencarian mangsa dilakukan menggunakan dengan menaiki sebuah bot aluminium di kawasan jeti kira-kira 200 meter ke Kuala Sungai Endau dan jarak satu kilometer ke bahagian hulu sungai

“Operasi SAR turut dibantu nelayan tempatan menggunakan satu bot nelayan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya