Koperal polis wanita didakwa rasuah RM16,500  - Utusan Malaysia

Koperal polis wanita didakwa rasuah RM16,500 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH:  Seorang koperal polis wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah pada 2016.

Tertuduh, S. Komaladevi, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menerima wang RM10,500 daripada Chuah Kooi Eng  kononnya untuk diberikan kepada pegawai penyiasat kes untuk melepaskan tiga pekerja yang memiliki sijil perakuan kerja sementara tidak sah.

Kesalahan didakwa dilakukan di Kompleks Mahkamah Georgetown dekat sini pada 24 Ogos 2016 kira-kira pukul 8.30 pagi.

Pertuduhan kedua, Komaladevi didakwa menerima wang  RM6,000 daripada Kooi Eng di Kedai Roti Bakar di Kompleks Time Square, Georgetown pada 7 September 2016 kira-kira pukul 3.30 petang.

Bagi kedua-dua pertuduhan tersebut, Komaladevi didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana-mana lebih tinggi.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Selvaranjini dan Mohamad Azlan Basri, manakala tertuduh diwakili peguam Ashokathimulan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 beserta seorang penjamin.

Kes akan disebut semula pada 3 Disember depan bagi serahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya