Jurujual maut digilis treler  - Utusan Malaysia

Jurujual maut digilis treler 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang penunggang motosikal maut apabila motosikal dirempuh sebuah treler dalam kejadian di Jambatan Demit, Jalan Raja Perempuan Zainab, di sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan Superitenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa maut Musa Bin Sahak, 53, di tempat kejadian pukul 5.17 petang.

Menurutnya, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal SYM dalam perjalanan dari arah Pengkalan Chepa menghala ke Melor melalui jalan Raja Perempuan Zainab. 

“Apabila sampai di kawasan Demit dan sebelum menaiki jambatan itu mangsa dipercayai cuba memotong di sebelah kanan treler di laluan yang sama.

“Akibatnya bergesel di bahagian tayar sebelah kanan treler lalu terjatuh dan digils maut dilokasi  akibat cedera parah di bahagian badan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, untuk bedah siasat.

Katanya, pemandu treler berusia 30 tahun tidak cedera dan hasil ujian saringan didapati positif methaphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN