Jangan ambil mudah peningkatan Covid-19 - Sultan Johor - Utusan Malaysia

Jangan ambil mudah peningkatan Covid-19 – Sultan Johor

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan rakyat supaya tidak mengambil mudah peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara.

Baginda menegaskan, semua pihak wajar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan pandemik berkenaan.

“Jangan mengambil mudah peningkatan kes-kes baharu Covid-19 di seluruh negara.

“Patuhi amalan SOP bagi mencegah penularan pandemik berkenaan,” titah baginda dalam hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini hari ini.

Sehingga semalam, Johor mencatatkan 41 kes Covid-19 yang antaranya melibatkan Kluster Bakawali berpunca daripada individu pulang dari Sabah.

Selain itu, Johor Bahru mencatatkan empat kawasan zon kuning iaitu lokasi Bandar, Plentong, Pulai dan Tebrau.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, R. Vidyanathan memaklumkan, kes Covid-19 di negeri ini dijangka bertambah dalam masa terdekat menerusi kemasukan kes import dan aktiviti pengesanan yang dipertingkatkan.

Bagaimanapun beliau berkata, sebaliknya keadaan semasa pandemik itu masih lagi terkawal menerusi tindakan pantas Jabatan Kesihatan untuk mengesan penularan. – UTUSAN ONLINE

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya