Ibu pejabat, kaunter PPZ-MAIWP kembali dibuka - Utusan Malaysia

Ibu pejabat, kaunter PPZ-MAIWP kembali dibuka

AHMAD SHUKRI YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) membuka semula ibu pejabat dan sembilan lagi cawangan kaunter bermula esok bagi memudahkan urusan pembayaran zakat.

Ketua Pengarah Eksekutifnya, Ahmad Shukri Yusoff berkata, kesemua cawangan kaunter PPZ-MAIWP itu kembali dibuka setelah ditutup sementara bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja sanitasi.

Katanya, bagi Isnin hingga Khamis, kaunter dibuka bermula pukukl 8.15 pagi sehingga 4.45 petang manakala Jumaat dibuka dua sesi iaitu pada pukul 8.15 pagi sehingga 12.30 tengah hari dan 2.30 petang sehingga 4.45 petang.

“Pada hari Sabtu pula, kaunter dibuka pada minggu kedua, keempat dan kelima bermula pukul 8.15 pagi hingga 12.45 tengah hari.

“Bagi memastikan keselamatan pembayar zakat dan kakitangan terjaga, PPZ-MAIWP mengambil langkah-langkah pencegahan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Ia termasuk menjalankan proses saringan suhu badan dan menyediakan cecair pembasmi kuman untuk pembayar zakat yang hadir di kaunter,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Ahmad Shukri, urusan pembayaran zakat dibuat seperti biasa (akad dan doa) tetapi petugas-petugas kaunter tidak berjabat tangan ketika menerima bayaran zakat bagi mengelakkan sebarang kontak rapat.

Menurut beliau, pembayar zakat juga mempunyai kaedah lain untuk membuat pembayaran iaitu memilih transaksi dalam talian iaitu www.zakat.com.my atau perbankan internet bagi urusan bayaran zakat.

“Jika ada sebarang kemusykilan atau permasalahan berkait zakat, para pelanggan boleh hubungi talian zakat di 1300 88 5757 atau email di [email protected]. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya