Hajiji, isteri pulih Covid-19 - Utusan Malaysia

Hajiji, isteri pulih Covid-19

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isterinya, Datin Seri Julia Salag disahkan pulih daripada jangkitan Covid-19.

Mengesahkan perkara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, mereka berdua dibenarkan keluar dari Wad Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu, Sabah pagi tadi.

“Beliau dimasukkan ke wad isolasi HQE pada 8 Oktober lalu. Keadaan beliau beransur sihat dan dibenarkan keluar dari wad pada hari ini bersama isterinya.

“Saya mewakili seluruh warga Kementerian Kesihatan mendoakan agar beliau terus sihat dan pulih sepenuhnya agar dapat berkhidmat untuk rakyat. Kerajaan akan terus bersama membantu Negeri Sabah menangani pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Hajiji disahkan positif Covid-19 oleh Setiausaha Perhubungan Awam Ketua Menteri Sabah, Effendi Mohamed Sunoh.

Menurut Effendi, Hajiji sebelum ini secara sukarela menjalani kuarantin kendiri beberapa hari selepas seorang kakitangannya positif Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya