fbpx

27 Oktober 2020, 8:03 pm

  TERKINI

Gumpalan angin landa beberapa kampung

ROHANA ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Gumpalan angin kuat yang diibaratkan ‘kiamat kecil’ melanda beberapa kampung termasuk Kampung Kubang Kachang, di sini petang semalam.

Kejadian pukul 3 petang itu menyebabkan 25 rumah termasuk bengkel membaiki kenderaan rosak terutama di bahagian bumbung yang tercabut.

Malah, lebih 10 batang pokok iaitu pokok durian, manggis dan jering milik penduduk di situ patah.

Seorang katerer, Rohana Abdullah, 50, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 3 petang, dia sedang menyiapkan makanan yang ditempah pelanggan bersama dua pekerjanya.

“Pada mulanya saya terdengar dentuman guruh yang kuat beberapa kali. Ketika itu bahagian bumbung terangkat selain dapur basah teruk akibat hujan lebat.

“Batang pokok durian di depan rumah turut patah dan menimpa wayar elektrik dalam kejadian hampir sejam itu,” katanya ketika ditemui hari ini.

Katanya, kejadian itu pertama kali dialami sepanjang hidupnya yang diibaratkan seperti ‘kiamat kecil’.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan dialami dua pekerja dan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang diasuhnya.

Seorang lagi mangsa, Mohd. Rosdi Che Wan, 55, berkata, ketika kejadian, dia berada di luar sebelum melihat gumpalan angin menuju ke kawasan sekitar rumahnya. – UTUSAN ONLINE