Empat beranak tinggal sehelai sepinggang - Utusan Malaysia

Empat beranak tinggal sehelai sepinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Empat beranak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Tok Kayaman, Kampung Perawah di sini, hari ini.

Bagaimanapun tiada kemalangan nyawa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu apabila pemilik rumah yang berusia 70 tahun itu bergegas keluar daripada kediaman dua tingkat tersebut selepas menyedari api mula marak.

Isteri dan dua anaknya pula keluar berniaga kuih di kawasan berhampiran.

Pengarah Bomba negeri, Ruhisha Haris memberitahu, berikutan kejadian itu, keluarga terbabit tinggal sehelai sepinggang apabila lebih 90 peratus rumah musnah terbakar.

Katanya, lelaki tersebut pada mulanya cuba menutup kotak suis elektrik utama di bahagian tingkat atas rumah namun membatalkan hasrat itu selepas api mula marak.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kangar dan dibantu BBP Arau ditugaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pukul 5.59 petang.

“Api berjaya dikawal pada pukul 7.15 petang dan operasi tamat pada pukul 7.48 petang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.