Covid-19: Sekolah Izzuddin, Taayah ditutup - Utusan Malaysia

Covid-19: Sekolah Izzuddin, Taayah ditutup

Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah di sini diarah tutup mulai semalam selepas seorang pelajar perempuan disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, tindakan menutup serta-merta dua sekolah itu segera dijalankan dengan semua pelajar dikuarantin di bilik asrama sekolah masing-masing.

Katanya, semua pelajar juga telah menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini dan kini sedang menunggu arahan lanjut daripada Kementerian Kesihatan.

“Pelajar perempuan yang disahkan positif Covid-19 itu merupakan pelajar Sekolah Izzuddin Shah dan menginap di asrama Sekolah Raja Perempuan Taayah. Dia disahkan positif wabak berkenaan semalam.

“Keadaan ketika ini terkawal dengan segala prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, sepanjang tempoh kuarantin itu, ibu bapa mahupun penjaga pelajar tidak dibenarkan untuk datang ke sekolah.

Katanya, segala urusan keluar masuk ke sekolah serta asrama hanya dihadkan kepada pihak tertentu mengikut keperluan semasa.

“Ibu bapa dan penjaga juga diminta agar tidak panik kerana pihak sekolah akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa kepada mereka,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya