Bincang kuota umrah, haji - Utusan Malaysia

Bincang kuota umrah, haji

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Arab Saudi bakal mempertingkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang menerusi penubuhan Jawatankuasa Strategik Peringkat Tertinggi antara dua negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jawatan kuasa itu akan dipengerusikan beliau sendiri dan rakan sejawatannya dari Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud,

Menurut beliau, melalui penubuhan jawatan kuasa berkenaan, kedua-dua negara boleh bekerjasama memulihkan ekonomi selepas kemerosotan di peringkat global.

“Kita akan memulakan perbincangan awal mengenai kuota mengerjakan umrah dan haji serta kaedah pelaksanaan ibadat tersebut.

“ Jawatan kuasa ini juga akan membincangkan untuk menstabilkan kembali rantaian bekalan dan makanan yang terganggu akibat krisis Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata, pihaknya percaya penubuhan jawatan kuasa ini berupaya membawa manfaat kepada Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

“Malaysia memberi sepenuh komitmen demi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan sebaiknya,” kata beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya