Bidaan siri KEY guna JPJeBid kutip RM2.2 juta - Utusan Malaysia

Bidaan siri KEY guna JPJeBid kutip RM2.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah mengutip RM2.2 juta hasil bidaan dalam talian menerusi sistem JPJeBid bagi siri nombor pendaftaran kenderaan KEY dalam tempoh lima hari bermula Jumaat lalu.

Pengarahnya, Ismasuhaimi Shariff berkata, hasil kutipan bidaan secara dalam talian tersebut adalah yang paling tinggi dicatatkan berbanding enam siri nombor pendaftaran lain sejak Julai tahun lalu.

“Bidaan tertinggi yang dicapai bagi siri nombor pendaftaran kenderaan KEY 5 ialah sebanyak RM88,000,” katanya dalam sidang akhbar hasil bidaan siri nombor pendaftaran kenderaan KEY di sini semalam.

Kata beliau, kutipan hasil bidaan dalam talian kedua tertinggi adalah siri KEX sebanyak RM1.3 juta diikuti KEW sebanyak RM980,000.

“Bidaan tertinggi KEX 1 adala sebanyak RM125,000 manakala KEW 1 pula RM120,000,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, bidaan tertinggi yang dibuat secara tempahan biasa tanpa menerusi sistem JPJeBid sebelum ini adalah siri KEN iaitu RM4.13 juta.

Pada masa sama, beliau memberitahu, siri KEY 1 tidak dibuka untuk bidaan kerana di peruntukkan kepada Pejabat Sultan Kedah.

“Siri KEY bagi nombor biasa lain dibuka selepas siri KEX tamat tidak lama lagi,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN