Bendera Johor, daerah kibar separuh tiang - Utusan Malaysia

Bendera Johor, daerah kibar separuh tiang

PEJABAT RTM Johor mengibarkan bendera Johor separuh tiang seperti yang dititahkan oleh Sultan Johor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan semua bendera negeri dan daerah dikibarkan separuh tiang hari ini bagi menghormati kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Azim Sultan Hassanal Bolkiah.

Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pengurusan), Datuk Mohd. Noh Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Noh berkata, arahan itu melibatkan semua bangunan kerajaan negeri dan persekutuan di semua daerah, pejabat pihak berkuasa berkanun dan pejabat badan berkanun di negeri ini.

“Menjunjung titah Sultan Johor, bendera Johor dan bendera daerah-daerah hendaklah dikibarkan separuh tiang hari ini bagi menghormati kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Azim,” katanya.

Menerusi laporan Radio Televisyen Brunei, berita duka berkenaan diumumkan Istana Brunei yang memaklumkan putera berusia 38 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.08 pagi, semalam.

Brunei berkabung tujuh hari dan bendera dikibarkan setengah tiang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya