
Hari itu Poklip ada lepak minum (tetap amalkan penjarakan fizikal satu meter ya) dengan rakan-rakan. Maka, kalau sudah berkumpul itu pasti ada sahaja gosip-gosip panas menjadi topik perbualan.
Ada rakan Poklip tanya, betul ke Ben Amir dan Daiyan Trisha sekarang sedang ‘mengenali hati budi masing-masing’? Kita siap-siap bagi jawapan kalau nanti ada yang tanya. Itu kan jawapan klise artis kita.
Ada yang mendakwa mereka ternampak kelibat dua pelakon itu sedang berdua-duaan di sebuah restoran. Maka timbullah desas-desus benarkah mereka sekarang sedang bercinta?
Ala kalau bercinta pun tak mengapa. Si jejaka kacak, si gadis cantik. Sepadan sungguh. Lagipun tak silap Poklip, dua-dua mereka masih single. Jadi tak salah pun kalau nak bercinta kan?
Tapi tak mahulah kita serkap jarang dan ambil tugas menjodohkan orang. Mana tahu mereka sebenarnya sudah lama berkawan rapat dan sekadar lepak minum-minum bergosip. Macam warganet sekalian lah.
Kalau bercinta baguslah. Nanti bila ada yang bertanya, tak mahulah jawapan klise tau. Kalau ya cakap ya, kalau tidak cakap tidak. Tapi jangan pula sudah menafikan, tup tup esok kita terima kad jemputan. Aib!
Kita doakan yang terbaik sahaja untuk mereka berdua. Semoga ada berita baik. Jangan lupa doakan untuk diri sendiri juga tau. Semoga kita semua terhindar daripada Covid-19. Eh macam lari topik tapi tak apalah kan!











