Bekalan air: 162 kawasan pulih - Utusan Malaysia

Bekalan air: 162 kawasan pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 162 kawasan dilaporkan pulih dan mendapat bekalan air sepenuhnya susulan gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas di empat loji rawatan air akibat pencemaran.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam kenyataannya berkata, bagaimanapun 1,130 kawasan di wilayah terjejas masih dalam proses pemulihan.

Katanya, sehingga pukul 9 pagi ini, hanya 162 kawasan (13 peratus) daripada 1,292 kawasan terjejas menerima bekalan air.

“Air Selangor terus mengerakkan sebanyak 121 buah lori tangki air ke premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan kawasan perumahan yang terjejas.

“Pengguna boleh mendapatkan bantuan bekalan air melalui pili-pili awam dan pusat khidmat setempat (PKS) yang disediakan untuk kemudahan pengguna semasa tempoh pemulihan bekalan air,” kata kenyataan tersebut.

Tambah Air Selangor, pihaknya menasihatkan pengguna terjejas supaya menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar bagi kawasan yang belum menerima bekalan air.

“Pengguna juga diminta mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air dari lori tangki, PKS dan pili awam.

“Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium rasmi komunikasi iaitu aplikasi Air Selangor, laman sesawang rasmi Air Selangor, Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor,” ujarnya.

Kelmarin, Air Selangor menghentikan tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran yang berlaku di Sungai Selangor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya