KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara kira-kira pukul 10.30 pagi ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau tiba dengan menaiki kereta hitam jenis Jaguar.
Pada 23 September lalu, Datuk Seri Anwar dalam satu sidang media mendakwa beliau mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ daripada kalangan Ahli Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Beliau juga telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di Institut Jantung Negara. – UTUSAN ONLINE










