Anggota APM, logistik mencukupi hadapi banjir - Utusan Malaysia

Anggota APM, logistik mencukupi hadapi banjir

ANTARA bot yang akan digunakan APM untuk menghadapi monsun timur laut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kelantan mampu melaksanakan tugas dengan mantap bagi menghadapi banjir menerusi kekerapan latihan simulasi yang diadakan sebelum ini.

Pengarah APM negeri, Leftenam Kolonel (PA) Zainuddin Hussin berkata, keseluruhan 772 anggota yang terlibat secara langsung sudah bersiap sedia dengan kelengkapan logistik.

“Selain itu, sebanyak 12 lori; 10 buah kenderaan pacuan empat roda, 12 ambulans serta 80 bot pelbagai termasuk dua bot jenis Amphibious Sealegs turut disediakan.

“Kita yakin dengan kekuatan pegawai dan anggota yang ada sekarang mencukupi bagi melaksanakan tugas tersebut untuk menghadapi Monsun Timur Laut itu dan ditambah pula pandemik Covid -19.

“Seperti tahun sebelumnya, operasi menyelamat berjalan lancar bersama agensi penyelamat lain di samping penambahbaikan terhadap semua anggota,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zainuddin, latihan kemahiran anggota dilakukan secara dalaman engan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, APM akan memastikan mangsa yang tinggal di kawasan mudah dinaiki atau ditenggelami air supaya berpindah awal.

“Kita akan memastikan mangsa yang perlu berpindah dan diangkut menggunakan bot atau lori perlu ada penjarakan fizikal serta mengikut SOP ditetapkan pihak berwajib apabila berada di pusat pemindahan.

“Kebiasaan kita berhubung dengan penghulu dan anggota yang berada di kampung seperti di Ketereh, Rantau Panjang, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Selain itu, kita juga mengikut keperluan dan atur gerak pasukan yang diselaraskan oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana di daerah berkenaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN