Abadi tarikh unik 10.10.2020 - Utusan Malaysia

Abadi tarikh unik 10.10.2020

RAZAK Daud (kanan) menanam 10 jenis pokok buah-buahan sempena tarikh unik hari ini sebagai dikenang sepanjang hayat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Pelbagai cara untuk mengabadikan tarikh unik 10 Oktober tahun ini sebagai kenangan sepanjang hayat.

Bagi Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud, beliau menanam 10 pokok buah-buahan sebagai melambangkan tarikh berkenaan.

“Pokok yang saya tanam adalah durian Musang King, rambutan, rambai, cempedak, duku, mempelam, ciku, bidara, pulasan dan limau.

“Semua pokok ini akan diletakkan ‘surat beranak’ 10.10.2020 sebagai kenangan tarikh unik ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Razak berkata, beliau percaya bukan sahaja dirinya malah individu lain juga pasti mengabadikan tarikh unik berkenaan untuk kenangan mereka.

“Kalau tarikh yang seakan 10.10.3030 bermakna saya perlu tunggu 1,000 tahun lagi,” katanya.

Sementara itu, pasangan pengantin Norulbahiah Md. Nasir, 21, dan Mohd. Fakrul Feizal Abd. Razak, 22, memilih tarikh unik berkenaan sebagai hari mengikat tali perkahwinan mereka.

Ia merupakan kenangan yang cukup terindah dalam diri pasangan itu apabila dapat mengabdikan tarikh berkenaan sebagai kenangan cinta mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN