36 peratus kawasan gangguan air pulih - Utusan Malaysia

36 peratus kawasan gangguan air pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 36 peratus atau 460 daripada 1,292 kawasan terjejas menerima bekalan air sepenuhnya sehingga pukul 12 tengah hari tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Elina Baseri berkata, sebanyak 832 kawasan lain bagaimanapun dalam proses pemulihan.

“Pemulihan bekalan air di Hulu Selangor kini mencecah 88 peratus diikuti Kuala Selangor (77 peratus), Gombak (42 peratus), Petaling (37 peratus) dan Klang/Shah Alam (tujuh peratus).

“Kuala Lumpur dan Kuala Langat pula masing-masing masih berada pada sifar peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pengguna dinasihat membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

“Selain itu, kita berharap para pengguna yang mendapat bekalan air menggunakannya secara berhemah.

“Langkah ini bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan.

“Bantuan bekalan air alternatif di pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih disediakan untuk kemudahan para pengguna yang terjejas,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya