122 sekolah di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan ditutup mulai esok - Utusan Malaysia

122 sekolah di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan ditutup mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 122 sekolah di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan di Sabah akan ditutup mulai esok 6 Oktober.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan malam ini berkata, ia selari dengan pengumuman oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri  Ismail Sabri Yaakob  dan keputusan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri pada hari ini untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan yang akan berkuatkuasa pada 12.01 tengah malam 7 Oktober.

Bagaimanapun Kementerian Pendidikan mengambil keputusan  sekolah harian di kawasan tersebut akan ditutup sehari lebih awal,

“Ini melibatkan 86 buah sekolah rendah, 25 buah sekolah menengah dan 11 buah sekolah swasta.

“Sekolah di luar kawasan PKPB akan beroperasi seperti biasa sebagaimana yang dijelaskan di dalam kenyataan media KPM yang telah dikeluarkan pada 3 Oktober
2020 yang lalu.

“KPM menyedari kekhuatiran ibu bapa dan warga sekolah berkaitan keadaan semasa penularan wabak Covid-19. Dalam hal ini KPM sentiasa memantau situasi di seluruh negara serta sentiasa bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam  melakukan yang terbaik bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga
sekolah adalah terpelihara,” demikian menurut kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya