10,000 penduduk Alor Setar alami gangguan bekalan air - Utusan Malaysia

10,000 penduduk Alor Setar alami gangguan bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Lebih 10,000 penduduk yang melibatkan kira-kira 3,000 akaun Syarikat Air Darul Aman (SADA) di sekitar bandar raya ini dijangka mengalami gangguan bekalan air esok.

Gangguan bekalan air itu berlaku berikutan kerja-kerja pembinaan projek loji rawatan kumbahan dan pembentungan serantau di kawasan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA), Mohd. Suhaimi Mohd .Jusoh berkata, pengguna yang terjejas ialah di Jalan Teluk Wanjah, Jalan Langgar, Taman Ambar, Lorong Shariff, Menara Zakat dan Taman Lum Sun.

Katanya, kawasan Taman Hap Huat, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Jalan Langgar, Kompleks Malai dan kawasan sekitarnya turut mengalami gangguan bekalan.

“Pengguna di kawasan terbabit dinasihatkan membuat persediaan awal dan menyimpan air serta menggunakannya secara bijaksana.

“Projek berkenaan membabitkan kerja pengalihan paip di Jalan Teluk yang dijangka bermula dari pukul 9 pagi hingga 3 petang termasuk masa pemulihan bekalan air,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Suhaimi berkata, SADA memohon maaf di atas segala kesulitan yang bakal dihadapi semua pengguna di kawasan terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya