Wanita patah paha tercampak ke dalam longkang   - Utusan Malaysia

Wanita patah paha tercampak ke dalam longkang  

Anggota bomba mengusung wanita yang tercampak ke dalam longkang dalam kejadian di Kampung Batu Tiga, Jalan Kapar di Klang pada 23 September 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang wanita patah tulang paha  kiri selepas tercampak ke dalam longkang apabila motosikal ditungganginya melanggar sebuah kenderaan di Kampung Batu Tiga, Jalan Kapar di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Bonny Martin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 10.30 pagi dan tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

Menurut beliau, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal melalui persimpangan empat di kawasan tersebut.

“Mangsa sepatutnya memberhentikan motosikalnya di persimpangan tersebut  namun tidak berbuat demikian. 

“Akibatnya motosikal mangsa  melanggar bahagian tepi sebuah kenderaan yang berada di jalan utama sebelum mangsa tercampak ke dalam longkang yang terletak kira-kira satu meter dari jalan itu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

 Katanya, operasi menyelamat melibatkan tujuh pegawai dan anggota dari balai bomba dan penyelamat Sungai Pinang.

“Anggota bomba melakukan kerja-kerja mengangkat mangsa dari longkang serta mencuci jalan raya akibat limpahan petrol.

“Mangsa mengalami kecederaan patah tulang di paha sebelah kiri dan  dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk menerima rawatan,” katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, pemandu kereta tidak mengalami kecederaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya