fbpx

28 Oktober 2021, 10:01 pm

  TERKINI

Tangguh kemasukan pelajar perlu – PAUiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Langkah kemasukan pelajar baharu dan lama dari zon merah ditangguhkan adalah perlu, kata Presiden Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM), Datuk Mohd. Zaini Hassan.

Beliau berkata, ia bertujuan mengelakkan penularan Covid-19 memandangkan terdapat peningkatan kes jangkitan pendemik itu yang ketara akhir-akhir ini.

“PAUiTM menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad yang menyarankan supaya kemasukan pelajar baharu dan lama dari zon merah ditangguhkan terlebih dahulu sehingga keadaan kembali pulih.

“Penangguhan pelajar dari zon merah ini bukan sahaja demi menjaga keselamatan, kesihatan dan kebajikan pelajar UiTM, tetapi ia juga meliputi kakitangan dan staf akademik yang merupakan penggerak universiti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Kementerian Pengajian Tinggi menyarankan semua institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan lama dari zon merah secara bersemuka yang dijadualkan bermula bulan depan.

Noraini berkata, kementerian mencadangkan proses pendaftaran dan pembelajaran bagi kumpulan pelajar terbabit dilakukan secara dalam talian.

Beliau berkata, sebarang kejadian yang mungkin boleh berlaku susulan Covid-19 itu bakal menjejaskan pentadbiran universiti.

“PAUiTM memahami kesulitan yang dihadapi oleh sebahagian pelajar yang terlibat tetapi pada masa yang sama meminta semua pihak memahami situasi semasa penularan pandemik Covid-19 di negara ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI