‘Seperti dalam filem Jumanji’ - Utusan Malaysia

‘Seperti dalam filem Jumanji’

FELDA Bukit Easter, Kota Tinggi digemparkan dengan kehadiran kira-kira 18 ekor gajah kelmarin. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Penduduk di Felda Bukit Easter dekat sini berdepan detik cemas selepas ‘diserang’ kira-kira 18 gajah liar, petang kelmarin

Mereka menyifatkan kehadiran haiwan liar tersebut seperti berada di dalam filem Jumanji.

Gajah-gajah itu dipercayai daripada kumpulan sama yang pernah menimbulkan gangguan sekitar kawasan Kampung Mawai sehingga meragut nyawa seorang pengawal keselamatan.

Malah haiwan sama pernah memasuki Kampung Mawai, Kampung Lukut, Kampung Sendayan, Kampung Temenin, Felda Pasak, Felda Gugusan Lok Heng dan Felda Gugusan Waha.

Bagaimanapun tiada sebarang insiden termasuk serangan gajah tersebut meskipun beberapa pagar dan pokok rosak.

Pengarah Perhilitan negeri, Salman Saaban berkata, pihaknya menggerakkan operasi khas sejurus selepas menerima laporan kehadiran gajah liar di kawasan perkampungan tersebut.

Pihaknya berjaya menangkap dua gajah liar yang berkeliaran dekat kawasan hutan di Felda berkenaan.

“Gajah liar tersebut merupakan sebahagian kumpulan habitat gajah di Hutan Panti,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, hasil pemantauan mendapati kumpulan gajah lain telah bergerak keluar dari kawasan Felda ke Hutan Simpan Seluyut.

“Kita akan terus melakukan kawalan bagi memastikan kumpulan gajah tidak berpatah balik ke kawasan Felda tersebut,” katanya.

Terdahulu, tular di Facebook rakaman video memaparkan gajah liar melalui belakang surau perkampungan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya