Penduduk kampung selamatkan anak gajah - Utusan Malaysia

Penduduk kampung selamatkan anak gajah

PETUGAS Perhilitan Daerah Mersing dan penduduk kampung berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ketika menyeberangi sungai di Kampung Orang Asli Tanah Abang Mersing, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seekor anak gajah baharu sahaja dilahirkan minggu lalu yang terjatuh ketika cuba menyeberangi sungai berjaya diselamatkan penduduk Kampung Orang Asli Tanah Abang di sini hari ini.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu kira-kira pukul 2 petang oleh penduduk yang berada di lokasi kejadian.

“Bertindak atas maklumat itu, empat orang kakitangan Pejabat Perhilitan Daerah Mersing telah ke kampung berkenaan untuk mengesahkan aduan terbabit.

“Siasatan di lokasi telah menjumpai seekor anak gajah jantan berusia kurang daripada seminggu yang telah diselamatkan oleh penduduk kampung. 

“Pemeriksaan lanjut mendapati anak gajah itu telah terjatuh ketika cuba menyeberangi Sungai Endau dan tertinggal dari kumpulannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Salman berkata, bagaimanapun anak gajah tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan serius. 

Jelasnya, pemeriksaan luaran pada haiwan berkenaan hanya terdapat luka-luka kecil lama. 

“Anak gajah ini telah dibawa ke Pejabat Perhilitan Daerah Mersing untuk diperiksa lanjut oleh doktor veterinar jabatan.

“Seterusnya anak gajah tersebut akan dipindahkan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang, Pahang untuk diberi rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, insiden itu merupakan kejadian kedua membabitkan anak gajah yang berjaya diselamatkan dalam tahun ini.

“Di mana kejadian pertama pada 14 Julai lalu seekor anak gajah yang berkeliaran bersendirian di Batu 7, Jalan Kota Tinggi-Mersing diselamatkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya