Pemilik Mykad palsu jangan berani mengundi - KDN - Utusan Malaysia

Pemilik Mykad palsu jangan berani mengundi – KDN

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Awas pemilik Mykad palsu yang cuba mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 Sabtu ini kerana mereka akan ditangkap serta- merta jika berbuat demikian.

Mengeluarkan amaran tersebut, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang meneliti semua pendaftaran semula pengundi-pengundi yang ada.

“Untuk senarai pengundi, kita periksa dengan JPN sama ada semua nama mereka, nombor kad pengenalan (Mykad) yang ada benar-benar warganegara Malaysia ataupun Mykad palsu.

“Dan kita akan letakkan (penguat kuasa) di situ (pusat daerah mengundi) nanti, (periksa) yang ini orang asal, yang ini pemilik Mykad palsu. Kalau ada Mykad palsu kita akan tangkap dan dia tidak boleh mengundi.

“Saya diam selama seminggu ini sebab saya nak pasti nak tengok dahulu boleh ataupun tidak.

“Sekarang ini telahpun kita (KDN) bersetuju dengan JPN. Saya nak maklumkan kepada semua terutamanya mereka yang menggunakan Mykad palsu, jangan cuba-cuba datang untuk mengundi dan pastikan boleh tangkap dan terus masukkan mereka dalam penjara,” katanya di sini semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan jumlah keseluruhan pengundi 1.1 juta orang untuk PRN ke-16 ini dengan 75 peratus dijangka keluar mengundi berbanding hanya 69 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei 2018.

Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Sabah pada 2018, direkodkan 1.2 juta pendatang asing di negeri itu.

Daripada jumlah tersebut, 450,000 adalah pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pada masa sama, sebanyak 250,000 orang pula diletakkan di bawah pengurusan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS) iaitu mereka yang terdiri daripada penduduk sementara, anak pelarian yang tidak mempunyai kad IMM13, orang yang mempunyai dokumen tetapi bukan terbitan imigresen, anak hasil perkahwinan orang tempatan dengan pendatang asing tanpa izin dan orang Palauh yang hidup secara nomad. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.