Pemandu lori maut kemalangan - Utusan Malaysia

Pemandu lori maut kemalangan

KEADAAN hadapan lori Hino yang membawa roti rosak teruk dalam kemalangan yang mengakibatkan pemandunya maut di Kilometer 60, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di Maran, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Seorang pemandu maut apabila lori jenis Hino yang dipandunya melanggar belakang sebuah lori jenama sama di kilometer 60, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, Mohamad Islah Ahmat, 47, dari Meru, Klang Selangor meninggal dunia di tempat kejadian. 

Kelindan lori berkenaan yang juga anak mangsa, Amir Syawalludin Mohamad Islah, 19, cedera ringan. 

Pemandu sebuah lagi lori jenis Hino, S. Kumaran, 42, dari Maran di sini juga cedera ringan. 

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Norzamri Abd. Rahman berkata, kemalangan itu berlaku semasa pemandu lori Daily Fresh Bakery itu dari arah Kuantan hendak ke Klang melalui Maran.

“Apabila sampai di tempat kejadian, lori dipandu mangsa tiba-tiba melanggar belakang lori yang berada di hadapan yang ketika itu hendak membelok ke kanan jalan.

“Akibat hentakan kuat itu, keseluruhan bahagian hadapan lori roti itu rosak teruk manakala lori Hino kedua rosak di bahagian belakang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Norzamri berkata, siasatan mendapati, keadaan permukaan jalan satu lorong dua hala, jalan lurus, garisan tengah putus-putus dan keadaan cuaca baik 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya