‘Pakar’ adun dadah berperisa ditahan  - Utusan Malaysia

‘Pakar’ adun dadah berperisa ditahan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Kepakaran dua sekawan mengadun dadah pelbagai perisa untuk dijadikan jus minuman terbongkar apabila rumah sewa yang beroperasi sebagai makmal mini di Nibong Tebal dekat sini diserbu 23 September lalu.

Dalam serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan pada pukul 8.30 malam itu, seorang lelaki dan wanita tempatan berusia 35 dan 29 tahun ditahan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Lee Chong Chern berkata, kedua-dua suspek berkemahiran mencampurkan serbuk dadah bersama pelbagai perisa serta pewarna yang dibancuh menjadi minuman.

“Serbuk yang siap diadun akan dibungkus sebelum dijual kepada pelanggan di sekitar bahagian pulau. Kita turut merampas dadah jenis ketamin, syabu dan methylenedioxymethamphetamine (MDMA) serta pil yaba bernilai RM37,752.

“Polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk memasak bahan larangan terbabit,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Beliau berkata, suspek wanita merupakan penganggur manakala suspek lelaki bekerja sebagai juruteknik pendingin udara sambilan.

“Berdasarkan siasatan awal, kedua-duanya mengakui terlibat dalam kerja pemprosesan dadah sejak lapan bulan lalu. Ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah dan masing-masing memiliki rekod jenayah lampau,” katanya.

Kedua-dua suspek direman hingga Rabu ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya