Mengapa Gabungan Rakyat Sabah bertembung 17 kerusi? - Utusan Malaysia

Mengapa Gabungan Rakyat Sabah bertembung 17 kerusi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KESEPAKATAN antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah tampak bersih dan lancar, meskipun dua kerusi di DUN Lumadan dan DUN Usukan disandang Bersatu `terpaksa’ diserahkan kepada UMNO.

Walaupun ada melontarkan kepada Utusan Malaysia bahawa Bersatu seharusnya meletakkan beberapa lagi calon daripada 19 kerusi sedia ada yang ditandinginya atas faktor berpotensi boleh menang, parti pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor di peringkat negeri itu akur.

Bukan bilangan kerusi yang `dikejar’ tetapi jaminan bahawa kerusi itu boleh menang.

Sebab itu dalam kesemua 17 kerusi yang menyaksikan pertembungan sesama calon-calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tidak ada satu pun melibatkan pertindihan kerusi antara UMNO dan Bersatu.

UMNO meletakkan calon di 32 kerusi termasuk penampilan mengejut Jamawi Jaafar di Melalap, manakala Bersatu kekal 19 kerusi.

Cuma mengapa hanya UMNO sahaja terpaksa `bertempur’ dengan rakan sekutu sendiri dalam GRS di lima kerusi iaitu N22 Tanjung Aru (UMNO lawan PBS); N34 Lumadan (UMNO lawan PBS); N38 Paginatan (UMNO lawan STAR lawan PBS); N42 Melalap (UMNO lawan PBS) dan N47 Telupid (UMNO lawan PBS).

“Kenapa PBS bertanding, UMNO/BN ikut sama? Ya, kalau pengundi tak suka UMNO/BN, mereka boleh beralih sokong PBS, asalkan bukan undi itu untuk Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Berdasarkan rekod pilihan raya umum lepas (PRU-14), kita dapati ada orang UMNO tak undi calon parti sendiri. Walaupun di satu-satu kawasan dalam DUN itu ada 10,000 ahli UMNO, keputusan pengundian menunjukkan hanya 7,000 sahaja berpihak kepada UMNO, selebihnya Warisan.

“Sebab itu PRN kali ini menyaksikan calon-calon PBS dan UMNO turut berlawan sesama sendiri menghadapi musuh sama.

“Lagipun ia akan memberi ruang kepada pengundi dalam kalangan Kadazandusun murut, Islam Bajau, bumiputera Islam dan bukan Islam membuat pilihan,” kata sumber itu lagi semalam.

Dua belas kerusi lagi yang menyaksikan pertembungan sesama calon GRS adalah N02 Bengkoka (UMNO lawan PBS); N05 Matunggong (PBRS lawan PBS); N07 Tandek (PBRS lawan PBS); N11 Kadamaian (PBRS lawan PBS); N25 Kapayan (MCA lawan PBS), N26 Moyog (STAR lawan PBS) dan N39 Tambunan (STAR lawan PBS).

Empat kerusi lagi adalah N40 Bingkor (STAR lawan PBS); N41 Liawan (STAR lawan PBS); N44 Tulid (STAR lawn PBRS lawan PBS); N45 Sook (STAR lawan PBRS) dan N54 Karamunting (MCA lawan PBS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya