Lelaki maut ditikam - Utusan Malaysia

Lelaki maut ditikam

TANGKAP layar ketika kejadian pemuda ditikam selepas berlaku pertengkaran di Seksyen 9, Shah Alam Isnin lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pertengkaran mulut seorang pemuda dengan dua lelaki berakhir dengan tragedi apabila dia meninggal dunia selepas ditikam dalam kejadian di Seksyen 9 di sini Isnin lalu.

Mangsa, Mohammad Haykal Che Haron,25, meninggal dunia petang tadi kira-kira pukul 5.35 petang setelah menerima rawatan di Hospital Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian berpunca apabila mangsa telah datang ke gerai dua lelaki di hadapan sebuah restoran di Seksyen 9.

Menurut beliau, mangsa dikatakan telah memarahi kedua-dua individu terbabit tanpa sebab dan cuba menyerang mereka dengan menumbuk muka salah seorang suspek.

“Ketika kejadian, datang seorang lelaki cuba meleraikan keadaan, namun mangsa bertindak mengejarnya sejauh 100 meter. Bagaimanapun, mangsa telah rebah dan terdapat kesan darah pada bahagian perut.

“Siasatan awal turut mendapati tiada mana-mana orang ramai di kawasan tersebut melihat sebarang kejadian tikaman dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian tidak berfungsi disebabkan gangguan bekalan elektrik.

“Siasatan kita telah menemukan dua kesan darah di hadapan sebuah restoran dan kedai perabot di kawasan kejadian,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini.

Tambah Baharudin, mangsa yang tidak sedarkan diri telah dikejarkan ke hospital dan menerima empat kali pembedahan bagi memberhentikan pendarahan dalaman.

Jelasnya, siasatan awal telah mendapati mangsa telah ditikam dengan objek tajam sekali di bahagian tengah abdomen dan tikaman telah terkena organ usus mangsa.

“Susulan kejadian, kita telah menahan tiga individu berusia 29 hingga 47 tahun.

“Dua suspek telah ditahan reman sehingga Ahad ini manakala salah seorang suspek yang mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) penyakit mental telah ditahan semula bagi membantu siasatan,” katanya.

Ujarnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya