Kerajaan tidak bertukar begitu sahaja - Utusan Malaysia

Kerajaan tidak bertukar begitu sahaja

MOHD. AMAR ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa telah mendapat majoriti yang cukup bukan penentu kepada perubahan kerajaan.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, malah kerajaan tidak akan bertukar tanpa melalui proses yang sah termasuk perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta usul di Parlimen.

Katanya, kenyataan Anwar juga turut menimbulkan persoalan ekoran beberapa peristiwa yang pernah berlaku sebelum ini.

“Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan dan beliau memberitahu ada bilangan majoriti yang cukup.

“Tiada angka walaupun kami tunggu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anwar sebelum ini dalam satu sidang akhbar mendakwa beliau menerima mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.