Isu Mara: SPRM serah kepada Pejabat Peguam Negara - Utusan Malaysia

Isu Mara: SPRM serah kepada Pejabat Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan akan melakukan pendakwaan terhadap beberapa individu di negara ini berhubung dakwaan penyelewengan penjualan hartanah Dudley International House, Melbourne kepada MARA Inc pada 2013.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, perbincangan telah dilakukan SPRM bersama Pejabat Peguam Negara bagi melihat kemungkinan pendakwaan terhadap mereka berdasarkan sedikit bukti yang diberikan oleh Australia Federal Police (AFP).

“Jika pihak Peguam Negara membenarkan untuk dakwa jadi kita akan dakwa. Apa pun, siasatan di peringkat domestik telah lama selesai,” katanya ketika ditemui selepas Ucaptama di Forum Korporat Liabiliti di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, tiga kertas siasatan dibuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan penjualan hartanah Dudley International House, Melbourne kepada MARA Inc.

Difahamkan, tiga kertas siasatan tersebut membabitkan tiga blok pangsapuri berkenaan.

Sejak siasatan  dilakukan, sebanyak 70  saksi  telah diambil keterangan. SPRM juga telah mengemukakan permohonan Mutual Legal Assistance (MLA) kepada pihak AFP sebanyak tiga kali iaitu pada 2016 dan 2017 bagi mendapatkan keterangan tujuh lagi saksi yang berada di Australia. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN