7 pelanggan tidak patuh SOP dikompaun RM1,000 - Utusan Malaysia

7 pelanggan tidak patuh SOP dikompaun RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seramai tujuh individu dikompaun RM1,000 selepas didapati tidak menggunakan aplikasi MySejahtera atau mendaftarkan butir-butir diri ketika memasuki premis di Bagan Ajam di sini malam tadi.

Mereka dikompaun dalam operasi yang disertai seramai 41 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di sekitar daerah ini bermula pukul 8 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, dalam operasi kira-kira lima jam itu juga, sebuah kafe turut diberi notis penutupan selama tujuh hari selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Operasi ini melibatkan pemeriksaan ke atas enam premis hiburan dan makanan di sekitar Butterworth bagi melakukan pemantauan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Premis yang diberi notis tutup tujuh hari didapati tiada penjarakan fizikal, pelanggan tidak merekod kehadiran, pekerja tidak memakai pelitup muka dan pengurus tidak memberi taklimat kepada kakitangan berhubung Covid-19,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak dua premis turut diberikan dua notis amaran bertulis ketika operasi dijalankan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya