2 lelaki memandu dalam keadaan mabuk ditahan polis - Utusan Malaysia

2 lelaki memandu dalam keadaan mabuk ditahan polis

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Polis menahan dua lelaki selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk dalam operasi berasingan di sekitar daerah ini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek berusia 51 dan 33 itu ditahan kira-kira pukul 12.20 tengah malam selepas saringan awal di tepi jalan menggunakan alat pengesan (SD2+) mendapati bacaan positif kandungan alkohol melebihi had ditetapkan.

Menurut beliau, suspek berusia 51 tahun yang memandu kereta Toyota Vios ditahan di Jalan Chain Ferry dan ujian lanjut EBA (Evidential Breath Analyzer) yang dibuat di balai polis mendapati bacaannya adalah 110mg/100ml.

“Suspek berusia 31 tahun yang memandu Proton Saga pula ditahan semasa operasi di Kilometer 10.8 Lebuharaya Lingkaran Luar Butterworth dan bacaan EBA adalah 240mg/100ml,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya