Polis kesan pemandu kes langgar lari tentera wanita - Utusan Malaysia

Polis kesan pemandu kes langgar lari tentera wanita

AIDI SHAM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Polis sedang mengesan pemandu kereta yang dipercayai terlibat dalam kes langgar lari seorang anggota tentera wanita dalam kejadian di Kilometer 9 Jalan Pahlawan dekat sini, kelmarin.

Video kemalangan tersebut yang memaparkan sebuah kereta jenis Toyota Camry berwarna putih bergesel dengan motosikal jenis Benneli dinaiki mangsa turut tular dalam media sosial.

Ketua Polis daerah, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 petang itu,, berlaku kemalangan melibatkan kereta jenis Toyota Camry yang datang dari arah Teluk Kemang menghala ke Sua Betong di sini.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta tersebut bergesel dengan sebuah motosikal menyebabkan mangsa jatuh sebelum pemandu melarikan diri.

“Mangsa yang merupakan seorang anggota tentera wanita berusia 37 tahun mengalami kecederaan dan kini dirawat di Zon Merah, Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Aidi Sham, siasatan lanjut masih diteruskan dan usaha mengesan pemandu Toyota Camry terbabit sedang dijalankan.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian teersebut diminta tampil ke Bahagian Siasatan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson bagi membantu siasatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Syakinah Ahmad di talian 06-6472222. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya