UiTM Kampus Dengkil juara pertandingan video pendek - Utusan Malaysia

UiTM Kampus Dengkil juara pertandingan video pendek

ABDUL Latif Abu Seman (dua kiri) menyampaikan hadiah dan wang kemenangan RM3,000 kepada pelajar yang menjadi juara pada pertandingan itu sambil disaksikan Azizan Abdullah (kiri).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dengkil dinobatkan juara dalam Pertandingan Video Pendek bertemakan ‘Productivity Linked Wage System’ (PLWS 2020) anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan UiTM Shah Alam.

Kumpulan dianggotai tiga anak muda semuanya berusia 19 tahun iaitu Najwa Ayuni Ahmad Zamri, Muhammad Rais Azmi daripada Fakulti Undang-Undang dan Muhamad Ridhwan Ayob daripada Fakulti Pendidikan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) membawa pulang wang tunai RM3,000 dan trofi.

Menurut  Muhamad Ridhwan, dia dan dua rakannya bersyukur apabila menjadi juara berikutan mereka berhadapan masalah berkomunikasi untuk berbincang berkenaan perancangan daripada segi susunan dan suntingan dalam menghasilkan video. 

“Ini kerana kami terpaksa menjalankan perbincangan menerusi aplikasi Google Meet ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mmalah, masa yang diberikan juga amat singkat iaitu hanya tiga minggu sahaja.

“Bagaimanapun, kami berjaya menyiapkan video tersebut dan gembira apabila diumumkan sebagai pemenang dan segala usaha mendatangkan hasil.

“Ini akan menjadi titik permulaan untuk kami menghasilkan video lebih baik termasuk menyertai lebih banyak pertandingan dalam penghasilan video pendek,” katanya ketika ditemui dalam majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Pendek PLWS Kolabrasi MPC bersama UiTM di sini hari ini. 

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM, Prof. Dr. Azizan Abdullah, Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Abu Seman dan Pengarah Pembangunan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM, Dr. Shahsuzan Zakaria. 

Terdahulu, pertandingan video pendek tersebut membabitkan lapan penyertaan daripada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Kimia, Filem Teater dan Animasi, Sains Gunaan, Pengurusan dan Perniagaan serta Pusat Asasi daripada pelajar dari UiTM Shah Alam, Puncak Perdana, Kampus Dengkil, Pulau Pinang dan Kota Bharu, Kelantan. 

Dalam pada itu, Abdul Latif berkata, pertandingan itu diadakan adalah merupakan salah satu aktiviti pembudayaan produktiviti dalam kalangan belia bagi meningkatkan produktiviti kehidupan seharian. 

“Pertandingan ini menjadi platform MPC untuk menawarkan peranan dan kepentingan peningkatan produktiviti sebagai agenda utama negara dalam Visi Kemakmuran Bersama 2030 bagi mencapai taraf hidup yang lebih baik. 

“MPC berperanan memberi kefahaman kepada pelajar berkenaan Productivity Tools seperti PLWS dari segi konsep, faedah, kesan dan amalan terbaik yang boleh dicontohi. 

“Kami juga mahu memberi peluang kepada pelajar-pelajar universiti menzahirkan idea kreatif dalam menyampaikan mesej produktiviti menerusi kaedah video dan saluran media sosial,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.