Tiada zon merah di Kedah - Utusan Malaysia

Tiada zon merah di Kedah

kluster
NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PUTRAJAYA : Kedah belum lagi boleh diisytiharkan sebagai zon merah ekoran pertambahan kes baharu Kluster Tawar dan Sala yang merekodkan 47 kes Covid-19 setakat hari ini di negeri tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan itu susulan pandemik itu tidak menjangkiti seluruh negeri sebaliknya hanya tertumpu pada sesuatu kawasan.

 “Zon merah tidak  boleh diisytiharkan hanya berdasarkan jumlah kes di negeri itu sebaliknya melihat pada jumlah kes di sesuatu zon dan kawasan yang melebihi 40 kes baharu kita namakannya sebagai zon merah.

“Hasil pemantauan setakat ini, hanya zon kuning wujud di Kedah dan tidak ada zon merah di mana-mana daerah,” katanya dalam sidang akhbar perkembangan  harian Covid-19 di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau juga menjelaskan kewujudan kes kluster Tawar di Pulau Pinang dan beberapa daerah menyukarkan pasukan perubatan melakukan Pengesanan Bersasar.

“Pasukan kesihatan terlebih dahulu akan menjejaki kontak rapat seperti ahli keluarga serta lokaliti kes contohnya di Pulau Pinang.  Pengesanan kes dilakukan dengan menjejaki mereka yang terdedah dengan kes positif.

“Kita ada saluran untuk menjejaki mereka dan dengan menggunakan kaedah itu kita dapat mengesan kes positif dan ambil tindakan pencegahan selain mengenal pasti daerah dan kawasan,” tegasnya.

Dalam perkembangan sama, Kementerian Kesihatan memaklumkan sekolah di Kulim yang terkesan dari kluster Tawar ditutup selepas seorang guru dan tiga murid rakan sekelas diuji positif Covid-19.

“Kita dah tutup sekolah tersebut dan buat ujian saringan dan sanitasi (sekolah).

“Kita sudah ambil intervensi positif terhadap sekolah tersebut dan berharap dalam seminggu dua kita dapat (melaksanakan) pembasmian kuman (terhadap sekolah tersebut),” jelasnya.

Bagaimanapun, tiada maklumat jelas jumlah sekolah yang ditutup di Kulim serta jumlah murid dan guru yang disaring. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya