fbpx

Suami tidak pernah pukul arwah isteri

  • Oleh Maszureen Binti Hadzman
  • 4 Ogos 2020, 8:50 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Suami kepada pensyarah yang ditemui mati ditinggalka dalam kereta Perodua Myvi berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil dekat sini dikatakan tidak pernah memukul mangsa selain jarang bergaduh.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, ujian air kencing lelaki itu negatif dadah.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan keterangan anak perempuan mangsa akan diambil dalam masa terdekat. Remaja itu masih trauma.

“Remaja itu   dalam jagaan saudaranya di Kajang, Selangor,” Katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, jenazah pensyarah berkenaan dituntut keluarganya sebelum dikebumikan di USJ 21, Subang Jaya dekat sini pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian 28 Julai lalu, lelaki berusia 42 tahun ditahan selepas disyaki menjerut leher isterinya dengan tudung  kerana berang dengan tindakan mangsa yang mahu memfailkan penceraian. – UTUSAN ONLINE

 

POPULAR